Laman Utama

"Budaya K-pop Seperti 'Kanser' Dalam Masyarakat" - Kim Jong Un

gempak
Amri Hassan
14/06/2021
06:25 MYT
Sponsor Banner
"Budaya K-pop Seperti 'Kanser' Dalam Masyarakat" - Kim Jong Un
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menganggap kumpulan K-pop sebagai 'kanser' yang semakin merebak lagi mengganas dalam kalangan masyarakat.
Katanya, ia merosakkan golongan muda di Korea Utara dan mengenakan hukuman berat terhadap rakyatnya yang melanggan filem Korea Selatan, K-Drama atau video K-Pop.
The New York Times mendedahkan kempen anti K-Pop itu, yang terkandung dalam sebuah dokumen rahsia dalaman yang bocor dari republik itu.
Berita itu pertama kali dilaporkan oleh Daily NK yang berpusat di Seoul.
Media negara itu turut membantah penyebaran pengaruh 'anti-sosialis' yang dilaporkan ingin mengubah 'pakaian, gaya rambut, ucapan dan tingkah laku' golongan muda di Korea Utara.
Jong-un juga memerintahkan pihak berkuasa menghentikan tindakan anti-sosialis itu dengan serta merta dan mengenakan hukuman berat bagi sebarang kesalahan berkaitan.
Disember lalu, beliau memperkenalkan undang-undang baharu mengenakan hukuman lebih keras kepada individu yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan.
Undang-undang yang menetapkan hukuman penjara lima tahun sebelum ini dinaikkan menjadi 15 tahun bekerja di kem buruh. - AGENSI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live