Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Budi Doremi Tak Gusar Buat Persembahan Di Malaysia - “Hal Yang Kita Tak Tahu, Jadi Serahkan Pada…”

Asyikin Mayudin
29/03/2023 22:55 MYT
Simpati dengan nasib rakannya iaitu aktor Kamal Adli, penyanyi Indonesia Budi Doremi mengakui dia tidak mempunyai perasaan gusar ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hanya mampu bertawakal, Budi turut memberitahu pihak penganjur juga sudah memastikan kawalan keselamatan ketika konsert berlangsung.

"Ya, saya juga khuatir, tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku jadi lebih baik tawakal. Hal yang kita tak tahu, jadi serahkan pada Allah.

"Namun, dari sisi lain, kami cukup memastikan kawalan keselamatan supaya semuanya berjalan dengan baik," kata Budi kepada Gempak.

Kata Budi yang juga pelantun yang popular dengan lagu Melukis Senja berkata, dia sangat seronok diberi peluang menghiburkan peminat.

"Mengadakan konsert di Malaysia adalah salah satu impian saya. Jujurnya, saya gementar, apatah lagi ini adalah persembahan pertama di Kuala Lumpur.

"Terima kasih teman dan peminat yang hadir menyokong konsert ini," katanya.

Pada konsert itu, Budi menyampaikan 10 lagu termasuklah Peace, Love, and Thank You, 123456, Tolong, Asmara Nusantara, Tak Kan Hilang, Melukis Senja, Mesin Waktu, Suka Suka (Yang Penting Bahagia) dan Doremi bersama Nidji serta Terukir Di Bintang bersama Aisha Retno.

#Nidji #Kamal #Budi Doremi #Budi #Budi Kamal #Konsert Budi Doremi
;