Bujang Terlajak? Ini Lima Selebriti Lelaki Yang Belum Jumpa Jodoh
Zulaikha Yusof
11/09/2020 09:30 MYT
11/09/2020 09:30 MYT
Pernikahan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia memerlukan persiapan dan persediaan mental yang kuat untuk membina sebuah keluarga.
Justeru, ada yang memilih untuk membujang walaupun umur sudah mencecah 35 tahun.
Di sini, Gempak kongsikan lima orang selebriti di Malaysia yang masih bujang dan tampan:
1. Anuar Zain, 50
Pemilik nama Shahrul Anuar Zain merupakan seorang penyanyi yang terkenal.
Anuar merupakan adik kepada penyanyi, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik dan juga yang satu-satunya masih bujang antara mereka.
Memang sukar untuk mengetahui hal peribadi penyanyi ini, dia memang seorang perahsia terutamanya kisah cinta.
2. Datuk Hans Isaac, 49
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pengarah yang kacak ini? Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas Ratu Cantik Malaysia (1992) iaitu Erra Fazira dan juga usahawan terkenal, Noor Neelofa.
Hans juga pernah mengikat tali pertunangan dengan pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson pada tahun 2017 namun hubungan itu terputus di tengah jalan.
3. Qi Razali, 43
Qi Razali bukanlah nama asing dalam industri tanah air. Wajahnya sentiasa muncul di kaca televisyen menerusi bidang lakonan dan pengacaraan.
Qi pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi, Yuna dari tahun 2009 hingga 2012.
Kemudian, pemilik nama Qushairi Mohammed Razali Wong menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nelydia Senrose sekitar tahun 2013 namun terputus disebabkan tiada persefahaman.
Awal tahun ini, percintaan ahli kumpulan OAG dengan model Nia Atasha Rosli disahkan berakhir tetapi mereka masih berkawan baik sehingga kini.
BACA: Nia Atasha Putus Cinta Dengan Qi Razali
4. Remy Ishak, 38
Pelakon berkulit hitam manis ini sering menjadi tumpuan ramai wanita. Sehingga kini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memilih untuk hidup bersendirian selepas beberapa kali melalui pengalaman putus cinta.
Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Ummi Nazeera pada tahun 2008. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada bulan Disember 2009, mereka nekad memutuskan hubungan.
Pada Januari 2010, Remy mendedahkan dia sedang berkawan rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama Nur Kasih.
Pada September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa hubungan mereka sudah berakhir namun masih berkawan baik.
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada Mei 2017 tetapi mengesahkan sudah terlerai pada Februari 2019.
BACA: “Bukan Kerana Orang Ketiga”- Remy Ishak Putus Tunang Sebulan Lalu
5. Zizan Razak, 36
Zizan merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia.
Pelakon kelahiran Dungun, Terengganu ini masih bujang. Pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang selebriti wanita antaranya Juliana Evans dan Emma Maembong.
Juliana dan Emma kini sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bahagia bersama suami masing-masing.
Baru-baru ini, pelakon filem Polis Evo 3 digosipkan bercinta dengan personaliti televisyen, Hawa Rizwana. Namun, Hawa menyatakan Zizan merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah.
BACA: Selalu Kayuh Basikal Sama-Sama, Hawa Rizwana Ulas Hubungan Dengan Zizan Razak
BACA: “Saya Risaukan Dia” - Zizan Razak Dedah Status Hubungannya Dengan Hawa
Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh.
Kalau dah jumpa bakal isteri nanti jangan lupa jemput Gempak tau!