“Buka Aib Sendiri? No Hal!”- Komen Dr. Say Shazril Selepas Mendakwa Diri Tidak Subur

Syafiqah Jalal
Oktober 5, 2018 08:17 MYT
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril akui tidak kisah apabila dikatakan sengaja membuka aib sendiri selepas mendakwa dirinya tidak subur.
Dr. Say berkata apa yang dikongsikan sebelum ini hanya untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki sebenarnya suami juga perlu membuat pemeriksaan tanpa memberi tekanan kepada isteri seorang.
“Topik : Bukak Aib Sendiri? No Hal
“Baru-hari ni ramai kawan-kawan lama mesej saya. Ingatkan diorg nak ajak join MLM atau jual insurans rupa-rupanya semua mesej cakap they felt sorry for me n minta saya tabah n minta saya kekalkan usaha. Saya pun mcm "aik mane ko tau? Lama dah kot aku post pasal benda-benda kuah ni". Rupenya cerpen saya viral di Tweeter baru2 ni.
“Ade sorang reporter ni tnye saya "doc tak kisah ke buka aib sendiri di khalayak ramai?", kalau saya tau dh tersebar sampai ke satu Msia gulppp sy segan la skit. Kang sy keluar jnjln org pandang cm "euwww badan sado, kuah basi" mane nk letak adik uiii. But to be honest sy xkisah pun. Yg penting mesej yg sy cuba sampaikan yakni "ketidaksuburan bukan 100% salah perempuan" tu sampai kepada kaum lelaki & kaum mek bawang.
“In a nutshell, kepada kaum suami, letakkan diri anda di tempat isteri anda. Bayangkan mrk dibebani & dihujani tuduhan & tohamahan mek bawang mungkin sedikit sebanyak akan menundukkan ego alfa kite untuk kite sama2 lakukan ujian demi kebahagiaan keluarga kite juga. Alhamdulillah ramai suami msg tanye ape supplement amik & ktne buat test, kiranya berjasa cerpen kuah ku huhu,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, Dr. Say pernah mendedahkan mengapa dia dan isteri sudah empat tahun tak dikurniakan anak.
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Say terkejut kerana isterinya tiada apa-apa masalah kesuburan dan menganggap dirinya punca mereka tidak dikurniakan zuriat.
#Doktor #Dr. Say Shazril #Subur