Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan rasa syukur apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.

Bayi tersebut dilahirkan pada jam 5.30 petang di sebuah hospital swasta semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi akaun Instagram peribadinya, @aliffsyukriterlajaklaris.

"Terima kasih Datin Dr @suesalleh1970.. Dr yang bantu rawat dan bantu isteri saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi.

"Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi.

"Isteri saya paling suka Dr @suesalleh1970 ni..Ajak bersalin dekat area rumah taknak dia sebab nak juga dengan Dr ni.

"Dr ni sambut Yusof dan juga baby yang baru lahir tadi. Terima kasih mudahan Dr sihat selalu," tulisnya sebagai kapsyen.

terima kasih Datim Dr @suesalleh1970 ..Dr yg bantu rawat dan bantu wife saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi...Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi........wife saya paling suka Dr @suesalleh1970 ni...ajak bersalin dekat2 area rumah x nak dia sebab nak juga dengan Dr ni...Dr ni sambut yusof dan juga baby yg baru lahir tadi...terima kasih mudahan Dr sihat selalu..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Menerusi pemerhatian Gempak, terdapat beberapa komen yang menyatakan Aliff dan Shahida mendapat anak perempuan.



Walau bagaimanapun, Aliff atau Shahida belum lagi berkongsi jantina serta tidak didedahkan wajah bayi tersebut secara rasmi.

Satu akaun menggunakan nama @anakbongsuterlajaklaris yang hampir mencecah 15,000 pengikut baru saja dibuka namun ditetapkan dalam mood privasi.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain selamat berpantang kepada Shahida.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat