Viral
Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @zaenaldjaprax, dapat dilihat pelbagai snek dan minuman segera tergantung untuk dijual di gerai tersebut.
Bukan itu sahaja ia turut menyediakan makanan seperti mi goreng, sosej bakar, roti burger, kebab dan banyak lagi.
BERITA TRENDING: Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini
BERITA TRENDING: Bungkusan Kecil Berbalut Benang Dijumpai Atas Pusara Ayah Muhyiddin
BERITA TRENDING: Buat Content Langkah Kubur, Wanita Teruk Dibidas Netizen? - “Sanggup Buat Benda Bodoh Demi Nak Viral”
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran tersebut.
@zaenaldjaprax njajan nok kuburan ? #sorotan #fyp #semuaorang ♬ suara asli - Tukang Nginceng
“Tengah malam mesti ‘ramai’ di warung itu.
“Takut ya. Unik betul.
“Ini pasar ghaib,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 200 ribu tontonan di Platform TikTok.
Sumber: Tribun News
Must-Watch Video