Hiburan

"Buka Je Media Sosial, Rasa Nak Menjerit. Sarah Takut!" - Siti Sarah Minta Semua Supaya...

gempak
Badrul Hashim
07/03/2020
06:27 MYT
Sponsor Banner
"Buka Je Media Sosial, Rasa Nak Menjerit. Sarah Takut!" - Siti Sarah Minta Semua Supaya...
Bermacam-macam peristiwa yang berlaku dalam dunia seni terutamanya sejak kebelakangan ini. Pelbagai kisah viral sehingga membuatkan penyanyi Siti Sarah Raisuddin rasa tertekan.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Siti Sarah meluahkan apa yang dirasakan.
"Buka je media sosial, rasa nak jerit. Mana tidaknya, kes cubit anak, kes pompuan menipu, kes pompuan kene pukul kes saman.
"Kes siapa yang betul siapa yg lemah dalam bersukan, kes promosi produk luar istana (eh aku ke tu), kes virus yang terus jahat dan macam-macam lah. Sarah takutttttt," tulis Sarah di Instagramnya.
Sarah memohon netizen agar dapat rehat dan bertenang buat seketika.
"Janjiiii. Boleh tak kita semua sit down and relax. Positif dan selalu cipta bahagia boleh tak. Diam sekejap. Ok, jom ketawa! say no to anxiety!" tulis Sarah lagi.
Dalam seminggu kebelakangan ini memang terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bidang seni. Kes isteri Da'i yang didakwa menipu, kes usahawan yang didakwa mendera anak tiri, kes pemain bola sepak dan kekasihnya serta banyak lagi.
Imbas kembali persembahan Siti Sarah dalam Gegar Vaganza pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live