Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Buka Je Media Sosial, Rasa Nak Menjerit. Sarah Takut!" - Siti Sarah Minta Semua Supaya...

Badrul Hashim 07/03/2020 | 06:27 MYT
Bermacam-macam peristiwa yang berlaku dalam dunia seni terutamanya sejak kebelakangan ini. Pelbagai kisah viral sehingga membuatkan penyanyi Siti Sarah Raisuddin rasa tertekan.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Siti Sarah meluahkan apa yang dirasakan.
"Buka je media sosial, rasa nak jerit. Mana tidaknya, kes cubit anak, kes pompuan menipu, kes pompuan kene pukul kes saman.
"Kes siapa yang betul siapa yg lemah dalam bersukan, kes promosi produk luar istana (eh aku ke tu), kes virus yang terus jahat dan macam-macam lah. Sarah takutttttt," tulis Sarah di Instagramnya.
Sarah memohon netizen agar dapat rehat dan bertenang buat seketika.
"Janjiiii. Boleh tak kita semua sit down and relax. Positif dan selalu cipta bahagia boleh tak. Diam sekejap. Ok, jom ketawa! say no to anxiety!" tulis Sarah lagi.

Buka je media sosial, rasa nak jerit. Mana tidaknya, kes cubit anak, kes pompuan menipu, kes pompuan kene pukul kes saman, kes siapa yang betul siapa yg lemah dalam bersukan, kes promosi produk luar istana (eh aku ke tu) ?‍♀️ kes virus yang terus jahat dan macam-macam lah. Sarah takutttttt. Janjiiii. Boleh tak kita semua sit down and relax. Positif dan selalu cipta bahagia boleh tak. Diam sekejap. Ok, jom ketawa! say no to anxiety!!

A post shared by Dap..Dap..Dap..? (@sitisarahraissuddin) on

Dalam seminggu kebelakangan ini memang terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bidang seni. Kes isteri Da'i yang didakwa menipu, kes usahawan yang didakwa mendera anak tiri, kes pemain bola sepak dan kekasihnya serta banyak lagi.
Imbas kembali persembahan Siti Sarah dalam Gegar Vaganza pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Penyanyi #Siti Sarah #Penyanyi
;