Laman Utama
Buka Puasa Di Ladang Farm Fresh Best! Makanan Sedap, View Cantik, Feeling Habis Bila Ja-Moo Selera
Hanya tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadan pergi meninggalkan kita.
Jadi untuk mengabadikan sedikit memori manis bersama keluarga mahupun rakan, apa kata anda cuba lokasi berbuka yang boleh dikatakan agak istimewa berbanding di tempat lain.
Jenama tenusu terkenal Malaysia, Farm Fresh bersama-sama dengan restorannya, The Acre yang terletak di Seri Kembangan, telah menawarkan menu Ramadan iaitu TAWA RIA, JA- MOO SELERA sehingga 20 April ini bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.
The Acre ini merupakan sebuah restoran yang terletak di ladang Farm Fresh dan dikelilingi oleh padang hijau yang menawarkan latar belakang indah untuk pelawat dan pelanggan. Memang feeling habis guys.
Dengan harga RM98++ untuk dewasa, anda akan merasai pengalaman berbuka puasa dengan puas bersama pemandangan ladang tenusu yang cantik dan juga juadah lazat.
Hey yang mana ‘kaki bergambar’ tu memamg inilah tempatnya! Inilah masanya untuk anda merakamkan foto ala-ala influencer gitu.
Ops ingat itu sahaja ke? Belum habis lagi guys! The Acre juga menawarkan diskaun tambahan sebanyak 30% untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas dan bagi mereka yang berumur 4-12 tahun, diskaun sebanyak 50% ditawarkan.
Manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Best kan?
Antara menu utamanya pula adalah bagi bahagian bakar on the spot adalah Kambing Golek Bukhary, Ikan Bakar, Sate Ayam dan Daging manakala untuk tambahan pula terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang ditawarkan.
Tidak hanya makan-makan, pelbagai aktiviti juga turut ditawarkan kepada pengunjung antaranya Buskers secara langsung setiap hari, menaiki traktor, berjalan-jalan di Zoo, tapak semaian, taman, ikan laga dan bermacam lagi.
Oh! Anda juga akan dapat menikmati hidangan susu kurma secara percuma di CreamHauz, free flow guys!
Di sini juga turut disediakan kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik menyusu, kerusi bayi dan lokasinya juga mesra kerusi roda.
Jadi untuk anda yang ingin berbuka puasa di sini, jangan lupa pakai baju cantik-cantik tau! Confirm tak menyesal punya sebab tempat lawa, gambar pun confirm onz!
Untuk tempahan sila tekan DI SINI
Untuk maklumat lanjut, tekan DI SINI
Selamat Men JA MOO selera guys!
Must-Watch Video