Anggota kumpulan Forteen, One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shariffufin, 28, menangkis dakwaan yang mengaitkan dia dengan aktiviti homoseksual.

Jelas penyanyi itu, perniagaan spa lelaki yang diusahakan bersama rakan bisnesnya, Jaspal Singh Ajaib Singh adalah halal dan tidak melakukan aktiviti tidak bermoral.

"Spa ini akan dibuka tidak lama lagi, namun saya tidak boleh menutup mulut orang untuk berkata-kata. Saya sudah bersedia sejak dari awal lagi dan perkara negatif memang akan sentiasa ada walaupun dimana-mana.

"Nak berbisnes kena berani dan saya anggap kata-kata itu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

"Perniagaan ini halal, apa jua orientasi seksual pelanggan itu pilihan masing-masing. Kami tidak akan memboikot sesiapa dan sentiasa mengalu-alukan pelanggan daripada pelbagai latar belakang," katanya ketika majlis pelancara Musclemen Spa di Shah Alam, Selangor siang tadi.

Spa yang menawarkan pelbagai pakej kepada golongan lelaki terutama atlet itu akan memulakan operasi menjelang sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Malah, semua pekerja Musclemen Spa terdiri daripada golongan lelaki sahaja yang telah menjalani latihan daripada agensi dan syarikat yang bertauliah.

"Kami telah merancang untuk membuka spa ini sejak setahun lalu dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan," tambah Jaspal.

Berita ????!! MUSCLEMEN SPA | MEN SPA | MALAYSIA ?‍♀ Ewah ewah !! Tudia !!! ...Ini betul betul berita baik untuk semua kaum lelaki yang selama ini tercari-cari spa untuk mencantikkan diri / tampil lebih sihat & berseri / kelihatan lebih menarik / maskulin / sado & yang penting lebih bertenaga!!! Muslcemen Spa khas untuk lelaki akan di buka tidak lama lagi !! Antara Rawatan yang ditawarkan : ??‍♂ Aromatherapy Massage ?‍♀ Muscle Recovery / Mucle Growth Massage ??‍♂ Facial Threatments ??‍♂ Waxing ??‍♂ Manicure & Padicure ??‍♂ Scrubs ??‍♂ Bekam Sunnah ? Whatsapp : Updated Soon ? Official Facebook : Updated Soon ? For Info : DM Here . Untuk perkembangan lanjut ... apa lagi ...follow instagram kami @musclemen.spa Sekian.

A post shared by oneforteen (@oneforteen) on


Musclemen Spa menawarkan lima jenis servis kepada pelanggan iaitu keterampilan (waxing, Classic Muscular Pedicure, Classic Muscular Manicure), urutan (urutan Bali, tradisional, aromaterapi, tenaga batin) dan rawatan badan (bekam sunnah, mandian susu, body mask, body scrub, detox muscular scrub).

Selain itu, pakej rawatan muka (rejuvenating enzymatic facial, revitilazing flawless facial, muscular deepn cleanse puryfying facial) dan servis signatur (muscular wax, black ice cube peel off mask, muscular ice treatment, fat loss treatment, Vichy shower) turut disediakan.

Manakala, harga yang ditawarkan pula serendah RM28 hingga RM388.

Esok pagi dengarkan kami live di @suriamalaysia pada jam 8am ok?? #forteen #apainicinta @official.forteen @musclemen.spa #musclemenspa

A post shared by oneforteen (@oneforteen) on


Teks oleh: Amri Hassan