Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Buka Tudung Selepas Jadi Senator? Ini Jawapan Ras Adiba Radzi

Amri Hassan 08/09/2020 | 10:36 MYT
Bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi tampil menjawab dakwaan netizen dia kembali membuka tudung selepas menjadi senator di Dewan Negara.
Jelas Ras, dia sebelum ini memang tidak bertudung dan hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepalanya.
"Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa," jawabnya.
Ras sebelum itu ditanya oleh salah seorang pengguna di laman sosial Instagramnya berhubung imejnya terkini yang dilihat sudah tidak menutup bahagian rambutnya.

#Repost @ybsenatorrasadibaradzi • • • • • • Dewan Negara Bismillah hirrahman nirrahim. Titah perbahasan Di Raja yang pertama saya, pagi ini di Dewan Negara. My maiden Royal Address Debate today at the Upper House.

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on

Jika sebelum ini, akaun Instagram Ras dikemaskini dengan imejnya bertutup kepala dengan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban.
Pada 2013, Ras mula tampil dengan imej berturban dan menutup sebahagian besar kepalanya ketika membaca berita di saluran televisyen tempatan.
Ras telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohamed Azam Ali pada Mac 2019.
Ras yang merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral telah mengangkat sumpah sebagai senator Dewan Negara pada 20 Mei 2020 berkuat kuasa selama tempoh tiga tahun.
#Tudung #Ras Adiba Radzi #Senator
;