gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dinobat Sebagai Juara Tarian Di Paris, Lan Solo Bangga, Anak & Pasukan Tarian Sekolah Seni Malaysia KL Harumkan Nama Negara Di Persada Antarabangsa!
BERITA
Gadis 12 Tahun Tiada Kawan Kerana Bantu Ibu Kutip Sampah
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Persaingan Akan Lebih Sengit, Firdaus Rahmat Titip Pesanan Buat Peserta - “Ego Dengan Ego Dia Tak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Bukan 3, Tapi 11 Anggota Grup LOONA Positif COVID 19

gempak
Maliah Surip
01/03/2022
10:50 MYT
Sponsor Banner
Bukan 3, Tapi 11 Anggota Grup LOONA Positif COVID 19
Kes positif COVID 19 dalam kalangan selebriti Korea Selatan terus memuncak.
Selepas Rose Blackpink mengesahkan dirinya dijangkiti virus tersebut, hari ini pihak pengurusan grup LOONA, Blockberry Creative mengumumkan 11 anggota kumpulan tersebut positif COVID 19.
LOONA yang mula memasuki industri hiburan pada tahun 2018 sendiri mempunyai 12 anggota, dengan tiga daripadanya iaitu Haseul, Yeojin dan Vivi sempat dilaporkan didignos COVID 19 pada 26 Februari lalu.
Menurut laporan Soompi, pada 26 Februari, hanya tiga daripada 12 anggota kumpulan tersebut yang menjalani ujian RTK dan PCR disahkan positif, sementara yang lainnya negatif.
Namun, pihak pengurusan tetap melakukan langkah berjaga jaga dan menjalankan semula ujian pada 27 Februari.
“Hasil ujian tersebut, di antara 28 Februari dan 1 Mac, Heejin, Kim Lip, Jinsoul, Choerry, Yves, Chuu, Go Won, dan Olivia Hye pula positif COVID 19,” lapor Koreaboo.
Semua anggota kecuali Heejin dan Yves belum mengambil suntikan penggalak, namun telah melengkapkan dua dos pengambilan vaksin.
Satu satunya anggota LOONA yang negatif dari virus tersebut adalah Hyunjin.
Lantaran itu, semua aktiviti kerja kumpulan tersebut dihentikan serta merta demi memberi fokus terhadap pemulihan kesihatan 11 anggota yang dijangkiti COVID 19.
Untuk rekod, sebanyak 3.2 juta dengan 138, 993 kes harian dilaporkan di Korea Selatan sehingga 1 Mac 2022.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Korea
#Artis
#COVID-19
#LOONA
Must-Watch Video