Laman Utama
“Bukan Antisosial, Kita Ada Anak & Keluarga..” - Amar Baharin Guna Khemah Peribadi Di Set Drama
Pelakon Amar Baharin mengambil langkah berjaga-jaga sewaktu berdepan pandemik apabila menggunakan khemah peribadi ketika perlu berada di set penggambaran.
Menerusi laman sosial Instagram, Amar berkongsi keadaannya di dalam khemah tersebut ketika berada di set penggambaran drama Ayat-Ayat Halal.
“Ni kat set #AyatAyatHalal. Aku ni bukan anti-sosial. Kita ada anak-anak dan keluarga. Mencegah lebih baik bukan?” tulis Amar di ruangan kapsyen.
Advertisement
Menerusi sebuah video berdurasi 27 saat yang dikongsi, Amar duduk di dalam khemah tersebut yang dilengkapi kerusi sewaktu sedang berehat.
Dia yang diminta bersiap untuk melakonkan babak seterusnya hanya perlu membuka zip khemah tersebut apabila dipanggil.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti menyokong penggunaan khemah peribadi tersebut untuk kegunaan mereka yang terpaksa keluar bekerja.
Malah, ramai yang mahu mengikut jejak langkah Amar untuk menggunakan khemah tersebut sebagai langkah penjagaan diri.
“Eh baguslah idea ni,” ujar pelakon Dynas Mokhtar.
“Wahhh nak order dua please,” kata pelakon Mona Allen.
“Nak kena beli ni. Next set, sorang satu,” ujar pelakon Nad Zainal.
“Terbaik jaga kebersihan, jaga kesihatan, jaga orang tersayang,” komen seorang wargamaya.
“Bagus idea ni. Mencegah itu lebih baik kan,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Amar tersebut telah menerima hampir 26,000 tanda suka daripada wargamaya.
Must-Watch Video