“Bukan Bad Genius Tapi Bad Hilmi” - Selepas 7 Episod, Ramai Akui Projek: Anchor SPM Antara Drama Berkualiti Pernah Mereka…
29/04/2021 06:46 MYT
Bermula dengan pelbagai spekulasi dan tanggapan negatif, drama premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM ini kemudian secara perlahan-lahan menangis segala dakwaan berkenaan.
Buktinya, sejak episod pertama lagi, penonton sudah tertambat dengan kualiti yang dipaparkan drama berkenaan.
Malah, kebanyakan mereka dilihat sudah jatuh cinta sebaik episod dua dan tiga menemui penonton.
Rata-ratanya mula merasai ‘connection’ antara watak-watak seperti Aaizat., Hilmi, Aaida, Botol mahupun Jaja.
Maka, timbul lah pelbagai tanda pagar #TeamAizat dan #TeamHilmi di paltform Twitter.
Ketika ini, isu meniru Bad Genius dilihat sudah lenyap dan orang ramai turut membuat pengakuan mereka sudah pun melakukan pusingan ‘U-Turn’.
“Industri filem atau drama di Malaysia patut teruskan penerbitan seperti Projek: Anchor SPM, bukannya drama merepek”
“Drama ini mengingatkan aku tentang zaman sekolah, best tersenyum je aku tengok”
“Dah episod 7 weh, siapa kata tiru Bad Genius tu tak tahu lah nak cakap apa. Now bukan Bad Genius tapi Bad Hilmi” tulis beberapa netizen.
Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM episod akhir Isnin depan jam 9 malam di Astro Citra.
Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.