Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Bermaksud Benda Itu Tak Halal, Cuma Nak Buat…” - Khairul Aming

Asyikin Mayudin
23/11/2024 03:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menjelaskan ketiadaan sijil halal sebelum ini bukanlah bermakna produk makanan yang dijualnya iaitu iaitu sambal dan dendeng tidak halal.

Bermula dari zero

Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman ini berkata beberapa prosedur yang telah ditetapkan perlu dilakukan memandangkan kilang produk makanan yang diusahakannya itu bermula dari ‘zero’.

“Ada yang tanya kalau hari ni baru dapat sijil halal, maksudnya sebelum ni tak halal ke makan sambal dan dendeng. Bukan bermaksud benda tu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia.

“Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan production line sepenuhnya. First kita dapatkan sijil MeSTI KKM, lepas tu kita mohon halal, dan selepas ni kita apply sijil lain yang seterusnya,” kongsinya.

Naikkan taraf kilang

Pada perkongsian yang sama di laman sosial, Khairul Aming atau dikenali sebagai KA turut menjelaskan sijil halal yang dimohon itu untuk menaikkan taraf kilang selain beri keyakinan kepada semua pihak yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beri Pengalaman Terbaik, Khairul Aming Rancang Sendiri Tentatif Percutian Staf - “Tanpa Kerja Keras Mereka, Saya...”

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Dedah Pelbagai Cara Orang Hantar Resume Nak Bekerja - “Letak Bawah Pintu, Dalam Troli...”

“Step by step. Of course kita masak yang halal sebab saya sendiri nak makan produk tu. Sijil halal ni kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang.

“Dan nak bagi keyakinan yang kilang kita, supplier kita, dan proses masakan kita bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga disahkan halal semuanya.

“Now dah dapat sijil halal kita dah boleh plan untuk expand ke market yang lebih besar lagi insya-Allah,” ujarnya.

#Khairul Aming #Halal #Sijil Halal #KA #Produk halal #Produk KA
;