Bukan Berpunca Dari Ubat Kurus! Shahrulezad Dedah Buah Pinggang Nad Zainal Dalam Keadaan Baik - “Masalah Nanad Sekarang Ialah…”
Asyikin Mayudin
26/11/2022 13:25 MYT
26/11/2022 13:25 MYT
Enam hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), keadaan pelakon Nad Zainal dikatakan semakin baik namun masih perlu dipantau dan ditidurkan selagi paru-parunya belum kuat.
Perkara itu dikongsikan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin yang turut melahirkan rasa syukur apabila vital organ Nad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang.
“Alhamdullilah keadaan Nanad hari ni lebih baik dari semalam. Tapi doktor still mahu Nanad di intubate lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat. Alhamdulliah.
“Kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan extubate. Saya rasa tak lama lagi kot. Insya-Allah.
“And one more thing apa yang buat abam sangat lega ialah vital organ Nanad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang beliau,” kata Shahrulezad.
Sementara itu, Shahrulezad atau dikenali sebagai Budak Ijat turut menafikan khabar angin yang mendakwa masalah yang dihadapi Nad berpunca dari ubat kurus.
“Jadi khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus la apa la adalah tidak benar sama sekali. Masalah Nanad sekarang ialah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan.
“Apa yang Nanad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman dia untuk terus berjuang untuk kembali sihat. Selain dari itu Nanad juga perlukan doa daripada korang semua.
“Saya percaya Nanad akan kembali sihat semula seperti biasa tidak lama lagi. Apa yang dipohon sekarang ialah doa yang berterusan. Last but not least.
“Terima kasih buat semua warga hospital KPJ terutamanya barisan doktor dan jururawat yang tidak jemu menjaga Nanad untuk semua. Terima kasih jugak untuk @ungkuismailaziz yang selalu update status Nanad pada kami WhatsApp group Cina Buta. Thanx east!
“Korang semua kena jaga diri okay. Doakan yang baik-baik saja untuk semua,” ujarnya.