Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bukan Biasa Biasa! Kasih iris Leona Beli Handphone Baharu Demi Lupakan Ex-Boyfriend! - “Bila Lihat Telefon Ini Mengingatkan Saya…”

Asyikin Mayudin
04/01/2023 02:55 MYT
Hampir kesemua kenangan sepanjang 2022 membabitkan individu yang dipercayai bekas kekasih, pempengaruh Kasih Iris Leona mengakui gara-gara itu dia tidak dapat melakukan trend imbasan tahun lalu.

Malah menerusi perkongsian Leona di TikTok, dia sanggup membeli telefon bimbit keluaran terbaru sebagai langkah untuk melupakan bekas kekasihnya sekali gus memulakan hidup sempena tahun baru

“Saya tidak berjaya untuk melakukan imbasan sepanjang tahun 2022 kerana hampir kesemuanya membabitkan seorang individu. Jadi saya memilih untuk tidak mengikuti trend itu.

“Bukan itu saja, apabila terlihat telefon ini juga mengingatkan saya kepada dia. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk beli telefon baru tanpa ‘transfer’ sebarang gambar atau nombor ke telefon ini.

“Jadi kepada anda yang mempunyai nombor saya, bolehlah menghantar mesej atau telefon saya,” kata Leona.

Bagaimanapun, anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu mengambil keputusan untuk memadam perkongsian itu dan kemudian hanya memuat naik video dia memegang telefon bimbit baharunya itu.

Terdahulu, Kasih Iris Leona meminta orang ramai untuk tidak membangkitkan atau mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih yang dikenali sebagai Ryan.

Leona turut berpendapat orang ramai tidak berhak untuk mengetahui butir lanjut dan punca perpisahannya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.



#Kasih Iris Leona #Leona #Anak Azhar Sulaiman #Leona HP baharu