Bukan Biasa-Biasa, Khairul Amin Level Up, Kali Ini Tok Ti Pula- “Test Vokal Sebut Esen Vanila Pun Merdu!”

Mya Amri
Mei 15, 2020 12:35 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Amin mendapat perhatian pengikutnya selepas menampilkan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video masakan terbarunya.
Menerusi video pendek itu, Amin berkongsi resepi mudah memasak Cheesecake tanpa menggunakan oven.
“Assalamualaikum Amin, saya dan Aafiyah dah sampai,” itulah antara bait ayat yang diutarakan Siti sebelum mengajar cara-cara membuat Cheesecake.
Tidak cukup dengan itu, bahagian Siti ketika menyebut ‘esen vanilla’ secara berlagu juga sudah cukup memikat hati penonton.
Sehingga kini video tersebut sudah menerima lebih 900,000 tontonan.
Dalam pada itu, Amin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Siti kerana sudi menyumbangkan suaranya dalam video berkenaan.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan komen lucu dan menyukai intonasi suara Siti.
Terdahulu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, merupakan antara Instafamous popular paling digemari netizen kerana sikapnya yang peramah serta lawak yang bersahaja ketika melakukan video masakan.
#Datuk Seri siti Nurhaliza #Khairul Amin