"Bukan Biasa-Biasa" - Netizen Kagum Lihat Aksi Hairul Azreen Buat 'Komando Rest'

Kamaruddin Razal
Ogos 15, 2018 10:29 MYT
Pelakon Hairul Azreen sememangnya terkenal dengan aksi lasak dan lagak ngeri.
Terbaru, Hairul berkongsi sekeping foto dirinya melakukan aksi 'komando rest' di laman Instagram miliknya.
Foto tersebut merupakan sedutan salah sebuah adegan yang terkandung dalam filem Paskal yang bakal ditayangkan pada 27 September ini.
Rata-rata netizen kagum dengan aksi 'komando rest' yang dilakukan oleh Hairul.
Pengorbanan serta kehidupan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direalisasikan dalam sebuah filem tersebut.
Diadaptasikan dari kisah benar, Paskal berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Selain Hairul, filem itu dibintangi oleh Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Gambit Saifullah dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hairul
#Hairul Azreen #Paskal