,
Hiburan

Bukan Biasa-Biasa! Minggu Orientasi UNIMAS Dimeriahkan Dengan Persembahan Aina Abdul

Asyraf Roslan
04/10/2024
12:25 MYT

Bukan biasa-biasa.

Minggu Aluan Pelajar, majlis orientasi mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi istimewa apabila penyanyi, Aina Abdul membuat kemunculan khas pada majlis tersebut.
Difahamkan persembahan Aina di UNIMAS pada Khamis itu merupakan persembahan tertutup dan diadakan khas hanya buat pelajar-pelajar baharu UNIMAS.
Meskipun diadakan secara tertutup, pelantun lagu Puas Sudah itu tidak menyagka video persembahanya di majlis itu akan tular di platform media sosial.
Menurut pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani,30, dia sangat berbesar hati dapat menghiburkan pelajar-pelajar baharu di sana serta dapat mempromosikan konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung di UNIMAS, Kota Samarahan pada 14 Disember ini.

"Sejujurnya, saya tak sangka video persembahan saya tular. Saya berbesar hati dapat menghiburkan pelajar baharu yang mendaftar di UNIMAS.

"Mereka memberikan sambutan yang sangat baik dan saya gembira dapat menghiburkan mahasiswa UNIMAS," katanya.

Video persembahan Aina yang membuat persembahan di minggu orientasi turut dikaitkan dengan situasi semasa yang hangat diperkatakan mengenai fasilitator yang membuat 'prank' terhadap pelajar baharu.

Mengulas mengenai isu terbabit, Aina percaya setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu.

"Saya percaya setiap universiti ada cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orientasi. Saya juga bekas graduan universiti, jadi apabila saya melangkah ke dewan melihat pelajar baharu mendaftar, saya terkenangkan diri sendiri yang pernah menghadapi situasi sama.

"Bagi saya, apa yang penting adalah pelajaran. Saya berharap pelajar baharu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tamat minggu orientasi. Itu lebih utama. Tak kisah apa sahaja cita-cita anda, sila utamakan pelajaran dan buat perkara yang dapat menggembirakan diri anda," katanya lagi.

Terdahulu, video bertajuk 'POV: Beza Orientasi di IPTA Sarawak dengan yang lain' yang dikongsikan oleh Dr Ash Zafrel mendapat perhatian ramai dan tular di platform TikTok.

"Tiada jeritan abang kakak fasi (fasilitator), sini artis datang buat surprise dik," tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 24,000 tanda suka dan mendapat hampir 220,000 tontonan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

gempak
20/11/2024
04:55 MYT
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
Unitar