"Bukan Biashe-Biashe, Sampai Budak Umur 5 Tahun Pun Senang Terikut-Ikut" - Fizi Ali

Rozaimi Zubaidi
Februari 12, 2019 08:28 MYT
Pengacara dan penyampai radio Fizi Ali mengakui kuasa viral pada masa sekarang amat mudah mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fizi berkongsi sepotong video bersama seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang menggunakan perkatan biashe-biashe (biasa-biasa).
"Abam nak tunjukan kuasa viral zaman sekarang sampai budak umur 5 tahun pun senang terikut-ikut.
"Cuma yang baik kita ameklah. Kalau tak elok tu buang jauh-jauh.
"Jangan diikut. Errrr bukan biashe-biashe ni trend baik ke tak yea?," tulisnya.
Sebelum ini, sepotong video bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan perkata biashe-biashe sehingga menjadi tular di media sosial.
#Pengacara #Fizi Ali #Bukan Biashe-Biashe