Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Bodyguardlah!” – Da’i Syed Nafi Keselamatan Terancam Sampai Terpaksa Upah Pengawal Peribadi

Fiza Kamarudin
28/03/2021 03:55 MYT
Penceramah bebas dan usahawan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, menafikan dakwaan terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

Syed Iqmal ketika ditemui Gempak berkata, lelaki yang dikenali sebagai Abang Mat merupakan pembantu peribadinya dan disebabkan itu mereka sering kelihatan bersama.

“Bukan bodyguardlah! Abang Mat ni selalu bantu saya. Dia yang selalu bawa kereta kalau saya ada event di mana-mana.

“Kalau event jauh-jauh macam ni barulah Abang Mat ikut…Kalau setakat pergi kedai tu tak adalah dia,” katanya.

Tambah Syed Iqmal lagi, dia juga tidak pernah menerima ugutan sehingga mengancam nyawa atau keselematan yang memerlukannya mengupah pengawal peribadi.

“Saya tidak pernah menerima ugutan sampai tahap mengancam nyawa dan keselamatan pun. Jadi tidak perlulah sampai nak upah bodyguard.

“Tapi saya akui mula mengambil pembantu peribadi selepas kontroversi yang melanda,” katanya.

Daei Syed ditemui ketika Majlis Pelancaran Asyedap Salted Caramel di Bangi Golf Resort pada malam Sabtu.

Ketika ditanya mengenai reputasi dirinya yang sedikit tercalar selepas kontroversi termasuk digelar penunggang agama, Syed Iqmal berkata dia tidak mengambil pusing tentang perkara negatif.

“Bagi saya, saya bukan Nabi atau wali dan saya juga tidak maksum. Saya hanya manusia biasa seperti orang lain yang ada melakukan dosa, kesilapan dan sebagainya.

“Tetapi tetap ada cita-cita untuk memberi kebaikan kepada orang. Kalau orang tengok kita salah sikit akan dituduh penunggang agama.

“Tetapi apa yang saya cakap atau sampaikan kepada orang tentang apa yang saya tahu dan saya pelajari selama ini.

“Saya hanya berkongsi ilmu yang saya ada tetapi saya tak cakap saya baik atau tak pernah buat salah,” katanya.
#Usahawan #Pendakwah Selebriti #Pendakwah Bebas #Daie Syed
;