Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan Bunuh, Kekasih Tamara Kata Tenggelamkan Kepala Anak Ke Air Untuk Latihan

Maliah Surip
12/02/2024 06:55 MYT
Kekasih pelakon Tamara Tyasmara yang menjadi suspek pembunuhan anak lelakinya, Dante di sebuah kolam renang umum pada hujung bulan lalu sudah ditahan pihak berkuasa.

BERITA TRENDING: Misteri Kematian Anak Pelakon Terjawab Lepas Kubur Digali, Maut Dilemaskan 12 Kali

BERITA TRENDING: Pelakon Gali Kubur, Curiga Anak 6 Tahun Maut Lemas Di Kolam Renang Awam

Lelaki yang dikenali sebagai Yudha Arfandi itu juga sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai insiden yang membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun tersebut.

Yudha mengatakan berenang selama 2 jam setengah bersama kanak-kanak malang tersebut dan anak perempuannya.

Dia kemudian mengaku membenamkan atau menenggelamkan kepala Dante ke dalam air sebanyak 12 kali seperti bukti pembunuhan yang dirakam CCTV.

Namun Yudha mendakwa dia bukan mahu melemaskan atau membunuh Dante.

Sebaliknya tujuan dia membenamkan kepala Dante ke dalam air sebanyak 12 kali adalah sebagai latihan pernafasan.

“Suspek mengakui berenang selama 2 jam setengah dan untuk latihan membenam bertujuan latihan pernafasan.

“Biar lebih kuat, tidak terlalu panik dan tidak takut air," kata wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.

Pada hari kejadian, selepas lemas, Dante dilihat berenang ke tepi dan Yudha cuba memberi pertolongan kepada anak kekasihnya itu.

Dante bagaimanapun didapati sudah maut selepas dibawa ke rumah sakit.

Tamara dan bekas suami bagaimanapun memberi kebenaran kepada pihak berkuasa untuk menggali semula kubur anak mereka untuk tujuan autopsi baru-baru ini.

Dan sewaktu proses tersebut berlangsung, polis menemui bukti kematian Dante akibat dilemaskan Yudha menerusi rakaman CCTV.


#Viral #Anak #Indonesia #Kekasih #Lemas #Tenggelam #Tamara
;