Bukan itu sahaja, mereka turut melakukan kajian untuk memastikan cerita yang mereka sampaikan turut meninggalkan kesan kepada penonton dan bukan sekadar lawak kosong.
PU Amin turut berkongsi rasa yang sama apabila dia memuat naik satu entri di Instagram miliknya tentang watak yang dibawakan oleh Jep Sepahtu dengan orang yang benar-benar wujud.
"Dia memang wujud. Katanya Tok Kadi di Johor. Cuma tak pasti dah jumpa bulu ayam dia ke tak.
"Ini membuktikan pelawak kita buat homework sebelum sampaikan satu satu sketsa. Sepahtu tetap legend dan terbaik sampai bila bila," tulis PU Amin sambil berkongsi dua keping gambar yang hampir serupa.
Ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh PU Amin, malah masih mengingati watak yang dibawa oleh Jep tersebut.
Sepahtu Reunion Live 2020 boleh anda saksikan secara langsung setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107). Anda juga boleh strim On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di sini.