Filem pertama arahan pengarah terkenal Haji Zil, Seandainya Kau Ada telah menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 mulai semalam!

Memandangkan Haji Zil atau nama sebenarnya, Md Fadzil Teh berpengalaman mengarah ratusan drama dan telefilem sejak 1995, tentunya penceritaan dan kesan terhadap emosi dalam filem ini memberi impak yang luar biasa.

Selain itu, barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini juga bukan calang-calang, semuanya mempunyai kualiti dan gaya penyampaian tersendiri.

Bintang-bintang yang ditampilkan adalah Raysha Rizrose, Fendy Bakry, Aidit Noh, Ruhainies, Fauziah Nawi, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Haris Ismail, Scha Elinnea, Daler Yusof, Ali Reza dan Fendi Seman.

Apa yang pasti, penceritaan filem ini memaparkan pengorbanan disulami elemen cinta berkonsepkan Islamik.

Filem ini merupakan adaptasi novel Seandainya Kau Ada karya Kamsiah Abu dan telah menjalani penggambaran selama 45 hari secara keseluruhan di Kuala Lumpur, Perlis, Uzbekistan, Mekah dan Madinah.

Jangan lupa saksikannya menerusi Astro First (saluran 480), ia juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.