Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan Camille Vasquez, Johnny Depp Dating Dengan Peguam Cantik Ini

Maliah Surip
23/09/2022 21:17 MYT
Nama Johnny Depp kembali hangat diperkatakan media antarabangsa.

Semuanya gara gara beliau didapati dating atau menjalin hubungan mesra dengan seorang peguam, Joelle Rich.

Hal itu sekaligus mematikan spekulasi pesohor tersebut sebelum ini mempunyai hubungan istimewa dengan peguam yang membantunya menang saman fitnah terhadap mantan isterinya, Amber Heard di Virginia, Amerika Syarikat, Camille Vasquez.

Menurut laporan USWeekly, Depp dan Rich beberapa kali ‘ditangkap’ paparazi keluar bersama dan memang mempunyai hubungan serius.

"Johnny dan Joelle kini menjalin hubungan cinta," kata sumber ET pula.

Rich yang kini dalam proses perceraian adalah peguam yang membantu aktor berusia 59 tahun itu menentang News Group Newspaper atas pemberitaan The Sun yang menyebutnya sebagai kaki pukul isteri di UK pada tahun 2018 sehingga 2020.

Depp bagaimanapun kalah dalam kes tersebut. Namun, Rich sentiasa berada di sisi bintang tersebut saat beliau turun naik mahkamah menentang Heard di Amerika dengan kes dikendalikan oleh Vasquez.

“Dia tidak punya keperluan untuk berada di sana, tetapi dia hadir. Cuma ramai yang tidak menyedari kehadirannya kerana waktu itu masyarakat lebih mengaitkan Depp punya hubungan istimewa dengan Vasquez,” jelas satu sumber lain pula.

Meski sudah tersebar foto mereka menghabiskan masa bersama dan media tempatan menulis pelbagai spekulasi, kedua dua pihak belum memberi respons terhadap pemberitaan yang telah dihebahkan.

#:Jonny Depp #Camille Vasquez #Joelle Rich
;