"Bukan Cara Ini Kami Dilayan Untuk Kamu Melepaskan Kepuasan Nafsu Kamu Yang Jijik" - Jue Aziz Sekolahkan Netizen Biadap

Rozaimi Zubaidi
Disember 11, 2018 04:42 MYT
Pelakon Jue Aziz mengakui kesal apabila sering menerima komen negatif daripada netizen di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Jue menjelaskan sebagai seorang selebriti mereka juga harus diberi ruang dan tidak dipandang hina oleh masyarakat.
"Peringatan! Tolong hormat ruangan kami (celebrity) dengan kata-kata membina bukan dengan kata-kata hina #kotor #lucah.
"Kami juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kami sanggup luangkan masa untuk followers tapi bukan cara ini kami dilayan untuk kamu melepaskan kepuasan nafsu kamu yang jijik.
"Disebabkan segelintir sikap beginilah boleh membuatkan kami dipandang hina dan tidak bermaruah!
"Pada followers yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa yang baik-baik hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian. Amin Teruskan support," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Jue dan berharap agar orang ramai tidak keterlaluan ketika memberi sebarang komen.
#Jue Azizi #Peloakon