Laman Utama
“Bukan Cucuk Angin Kan?”- KJ Teman Anaknya Usia 6 Tahun Vaksin
Anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC) semalam.
Menerusi satu video yang tular dan diambil sendiri oleh Khairy, anaknya Raif, 6, dilihat tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah.
“Tengok doktor betul-betul, bukan cucuk angin kan? Anti-vaksin ni tuduh macam-macam,” katanya.
KJ dalam masa yang sama memberi kata-kata semangat buat anak lelakinya itu.
Sementara itu, KJ turut erkongsi perkara itu di Twitter, selepas anaknya selesai divaksinasi menerusi Program Imuninasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).
"Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di wtcklofficial.
"Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids," tulisnya menerusi satu ciapan yang disertakan dua gambar Raif.
Sebelum ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya itu.