Selebriti media sosial Ahmad Iqbal Zulkefli baru-baru ini melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima seutas jam tangan berjenama Rolex yang difahamkan bernilai RM100,000.

Menerusi perkongsian Iqbal, jam tangan tersebut merupakan pemberian seorang usahawan bernama Datin Reena, yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

Menurut penyanyi lagu Hujan itu, dia menunggu sekitar dua tahun untuk membeli jam berkenaan, namun sebaliknya diberi sebagai hadiah oleh wanita berkenaan.

Begitupun, tindakan Iqbal memuat naik perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen yang bertanya sama ada jam tangan tersebut asli atau palsu.

Ada juga yang meminta dia berkongsi resit untuk membuktikan bahawa jam tersebut bernilai RM100,000.

Tidak kurang dengan itu, Iqbal turut menerima DM daripada seorang netizen yang memanggilnya dengan perkataan bodoh kerana menganggap Iqbal memakai jam tangan emas.

Iqbal dengan selamba membalas: “Bukan emaslah b*bi,” tulisnya.

Sementara itu, Iqbal turut meluahkan perasaan di Instagram Story susulan reaksi netizen yang negatif terhadap hadiah yang diterimanya.



“Apabila pakai barang fake netizen akan cakap, ‘Kata kaya, takkan pakai barang fake kot.’

“Apabila pakai barang original, netizen pun kata, ‘Barang ori boleh bawa masuk kubur ke?’

“Ada juga menyapa, ‘Kalau ori tunjuklah resit’.

“Apabila tunjuk resit netizen pun cakap, ‘Riaknya. Orang lain kaya diam-diam je.’

“Begitulah ceritanya,” tulis Iqbal.