Bekas isteri pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin menafikan dakwaan dirinya gila talak selepas memuatnaik status terbaharu berkenaan bekas suaminya itu baru-baru ini.

BACA: Dr. Erin Kecewa Bekas Suami Dijadikan Bahan Jenaka, Tersenarai Antara Lelaki Curang - "Farhan Tak Pernah Curang..."

Namun, sebaliknya kata Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia masih menyantuni bekas suami-suaminya dan keluarga iparnya.

"Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get back lah, gila talak lah.

"Hello, nak habaq mai kat sini, saya ni bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka.

"Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit ni ha.

"Akak yang dituduh perempuan tak baik inilah duk tolong. Walau depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu memang sifat saya," tulisnya di Instagram.



Tidak pandai berdendam, Dr. Erin turut menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami-suaminya yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

"Saya tak pandai dendam dengan orang. Jadi, tak ada istilah duk tunjuk baik nak balik pada Farhan.

"Screenshot ini bukan yang saya beli handphone pada Farhan ya. Ini antara saya dan bekas suami saya sebelum Farhan.

"Jadi, tiada istilah saya baik ada makna. Saya memang berbuat baik pada semua walaupun dia musuh saya," jelasnya.

Dalam tangkap layar itu, Dr. Erin yang dipanggil 'sayang' telah memindahkan sejumlah wang kepada individu yang menggelarkan dirinya 'b'.

Malah, individu terbabit mahu meminjam sejumlah wang bernilai RM3,000 dari Dr. Erin atas tujuan pembiayaan keperluan.

Meninjau ruangan komen, ada yang berpendapat pendedahan Dr. Erin (yang menanggung nafkah kepada suami) adalah satu dalam seribu.

"Pertama kali tahu perempuan bagi nafkah," tulis seorang pengguna.

"Kena bezakan antara yang ambil kesempatan atas kita atau betul-betul perlu pertolongan," nasihat individu lain.

"Post ni untuk tunjukkan bekas suami-suami sis tu lelaki tak guna ker? Semua jenis sengkek tak ada duit. Sis pula bangga tunjuk aib bekas suami sis," tambah pengguna lain.





Sebelum bercerai dengan Farhan pada April 2020, Dr. Erin pernah mendedahkan kepada Gempak dia pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum itu.

BACA: Perceraian Ini Sayang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod..." - Rumah Tangga Da'i Farhan Dan Dr. Erin Berakhir

Hasil perkahwinannya sebelum ini, Dr. Erin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

BACA: "Ini Perkahwinan Ketiga Saya" - Isteri Baru Da'i Farhan Buka Cerita, Dedah Cinta Tiga Hari Di Makkah!