"Bukan Gimik! Akan Jawab Semuanya Dalam Tempoh 10 Hari Lagi" - Fitri Haris

Amri Hassan
Disember 1, 2018 03:38 MYT
Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris tampil menjelaskan situasi sebenar tentang polemik berlaku antara dia dan kumpulan UNIC.
Tegas Fitri, perkara yang berlaku sepanjang minggu ini bukan gimik untuk melariskan projeknya.
"Saya tegaskan isu yang berlaku antara asya dan UNIC bukan gimik untuk melariskan sesuatu projek saya. Itu bukan cara saya," kata Fitri menerusi entri di Instagram.
Dalam posting berkenaa, Fitri memuat naik 10 coretan hatinya berkenaan kemelut yang berlaku termasuk pendiriannya yang dikatakan telah 'melarikan diri'.
"Saya berdiam diri bukan kerana saya melarikan diri. Namun saya mencari saluran dan waktu yang sesuai," tambahnya.
Malah, Fitri bertegas untuk tidak lagi mengulas kenyataan lanjut yang dinyatakan anggota UNIC iaitu Fakhrul, Bazli, Najdi dan pengurusan UNIC, Afdhal.
"Saya hanya akan menjawab segala persoalan dalam masa terdekat (lebih kurang 10 hari dari tarikh hari ini melalui saluran yang betul dan segala proses selesai.
"Saya masih belum dihubungi secara peribadi dari pihak yang terlibat bagi menjelaskan isu ini dan atas nasihat pengurusan, segala urusan selepas ini hanya melalui pihak pengurusan saya sahaja," kata Fitri lagi.
Penyanyi nasyid itu turut merayu diberi masa untuk fokus dalam pengajian kedoktorannya (PhD) ketika ini.
Kemelut UNIC dan Fitri tercetus apabila penyanyi itu didakwa tidak menghormati kumpulan lamanya apabila sering meraih perhatian menggunakan nama UNIC.
Malah, Fitri dituduh sering menyanyikan lagu-lagu UNIC dalam setiap persembahannya termasuk konsert yang bakal berlangsung pada 9 Disember ini.
#Kontroversi #UNIC #Fitri Haris