Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bukan Gimik Murahan, Saya Hanya Bagi Apa Yang Netizen Mahu” - Zara Zya

Mya Amri
28/08/2022 08:32 MYT
Pelakon, Zara Zya menafikan dakwaan menjalinkan hubungan dengan pelawak, Shuib seperti yang hangat diperkatakan netizen.

Menurut Zya, perkongsian fotonya bersama Shuib bukanlah satu gimik murahan untuk promosi perniagaan sebaliknya ia dilakukan hanyalah sekadar memenuhi keinginan peminat.

"Saya muat naik gambar sendiri bersiap cantik-cantik tetapi hanya mendapat beberapa sahaja tanda suka sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.

"Lagipun berbeza pula apabila memuat naik gambar atau video yang mempunyai cerita. Mereka akan menonton dan memberi komen kerana kalau tiada cerita mereka tidak akan tengok," katanya ketika ditemui Gempak.

Zara berkata demikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran Bubble Bee by Zara Zya bertempat di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada Ahad.

Hubungan Dengan Shuib

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Shuib, Zara menyifatkan usahawan itu sebagai seorang lelaki yang baik dan sering memberi sokongankan kepada rakan artis lain.

"Dia baik dan kami juga pernah bekerjasama sebelum ini tetapi itu dulu dan sudah lama perkara itu berlaku," ujarnya.

Terdahulu, netizen mula menjodohkan Zara bersama Shuib selepas melihat foto mereka berdua dirakamkan bersama untuk mempromosikan perniagaan Bubble Bee by Zara Zya.

Malah netizen juga merestui andai kata mereka berdua bertemu jodoh.

Selain Shuib, sebelum ini juga Zara pernah digosipkan bersama Azlee Khairi dan Datuk Alha Alfa.

Untuk rekod, Zara sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019 namun jodoh mereka tidak panjang.

#Zara Zya #Shuib #Bubble Bee #Spekulasi #Dakwaan #Bubble Bee By Zara Zya
;