“Bukan Gimik Tapi Sebenarnya...”- Punca Nabila Razali Padam Semua Gambar Di Instagram Terjawab
Syafiqah Jalal
23/01/2019 12:08 MYT
23/01/2019 12:08 MYT
Penyanyi Nabila Razali menafikan tindakannya memadam kesemua gambarnya sebelum ini adalah gimik.
Sebaliknya, Nabila menjelaskan ia merupakan salah satu strateginya untuk mempromosi single terbaharunya berjudul Vroom Vroom.
“Ia bukan gimik, tapi sebenarnya ia hanya ‘teaser’ sebelum saya muncul dengan single terbaharu ini.
“Saya boleh katakan, ia merupakan strategi untuk saya mempromosikan lagu ini supaya ia memberi impak,” katanya kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika pelancaran single Vroom Vroom di The Bee Publika, pada Rabu.

[BACA: Padam 3,000 Foto Instagram, Nabila Razali Muat Naik Gambar Spanar Hidup... Eh, Ada Gimik Lagi Ke Ni?]
Mengulas mengenai lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu, Nabila memberitahu penceritaan lagu itu mempunyai kesinambungan dari single sebelum ini, Pematah Hati.
“Alhamdulilah, selepas setahun ini merupakan waktu yang tepat untuk saya muncul dengan single terbaharu.
“Lagu ini saya boleh katakan ia ada kesinambungan dari lagu Pematan Hati. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin move on dari kekecewaan lampau,” katanya lagi.
Pada majlis yang sama, muzik video Vroom Vroom dilancarkan dan boleh ditonton di laman Youtube Seventeen Eleven Music mulai 4 petang tadi.
Dalam muzik video itu, menampilkan aktor Fendy Bakry sebagai hero dan rakan-rakan selebriti lain seperti Ara Johari, Hael, Nia Atasha dan Sharifah Rose.
Terdahulu, muzik video Pematah Hati berjaya meraih 1 juta tontonan Youtube dalam tempoh 24 jam.