Penyanyi, pelakon dan kini pengarah filem, Cat Farish mengakui menyunting MK K-Clique untuk berlakon dalam filem arahannya, Marabahaya Underground kerana tertarik dengan karakter dan pembawakan diri rapper tersebut.
Menurut Cat, idea tersebut tercetus selepas dia menyaksikan MK beraksi dalam salah sebuah klip video lagu nyanyian kumpulan K-Clique suatu ketika dahulu.
“Ketika itu MK belum dikenali ramai. Selepas menonton klip video yang dicadangkan oleh rakan-rakan, saya terus yakin mahu mengambil MK berlakon dalam filem ini.
“Tak sangka, sebaik sahaja tamat penggambaran, nama MK dan kumpulan K-Clique meletup selepas mereka muncul dengan lagu Mimpi,” ujarnya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Cat turut berkata, dia berharap dapat berkolaborasi sekali lagi dengan MK pada masa akan datang.
“Dalam filem Marabahaya Underground wataknya chill sahaja, berbanding dengan watak dia dalam drama The Hotel tempoh hari. Sejujurnya, saya berpendapat yang saya boleh explore dia dengan lebih mendalam,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia akan mengarahkan lebih banyak filem pada masa akan datang, Cat berkata, dia terbuka dengan cadangan tersebut asalkan peluang yang diberikan selari dengan misi kreatifnya.
“Saya tidak kisah untuk mengarahkan lebih banyak filem pada masa akan datang, asalkan ia berlatar belakangkan tema permotoran,” katanya.
Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Namun, Shah Dhani juga merupakan seorang yang banyak hutang dan kaki judi.
Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon.
Pelakon-pelakon lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.
Manakala bagi penampilan istimewa seperti, wajah-wajah popular seperti Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang turut menghiasi Marabahaya Underground.
Filem Marabahaya Underground boleh mula ditonton di saluran Astro First bermula 2 Disember ini.
Izwan Isa
Thu Dec 02 2021


TikToker Meninggal Dunia Selepas Terima Komen Negatif Netizen
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, TikToker berkenaan dikejarkan ke hospital dipercayai selepas cuba membunuh diri
![[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah! [VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/elly-arifin-sharnaaz-ahmad-tak-gaduhlah.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!
Masing-masing dah matang sekarang dan profesional gitu.

Thank You For An Amazing Night! Ini 15 Moment Manis Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous
Aishah menyanyi tanpa muzik pun dah merdu apatah lagi dengan orkestra.

Penerbit Saman Miss Universe Harnaaz Sandhu - "Dia Tak Peduli Pasal Filem Punjabi, Fokusnya Bollywood"
Pelakon dan produser, Upasana Singh mengambil pendekatan undang-undang terhadap Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang telah melanggar perjanjian kontrak untuk sebuah filem Punjabi sebelum ini.

Akaun Telegram PM Ismail Sabri Kena Godam, Netizen Usik Pinjam Duit
Akaun telegram PM digodam
![[VIDEO] Janganlah... Nanti Sakit Perut - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea! [VIDEO] Janganlah... Nanti Sakit Perut - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/qasrina_senduk_swap_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Janganlah... Nanti Sakit Perut" - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea!
Kenapa suap durian tomato pula tu?
_1.png?ext=.png)
15 Jam, 30 Artis, Atas Angin Independent Festival Lakar Sejarah Sendiri! Bukti Band Indie Masih Relevan
Siapa yang hadir memang rasa kemeriahan disitu
_1.png?ext=.png)
ERA Sarawak Perkenal Personaliti Baharu, Ini Segmen Baharu Yang Lebih Happening!
Tahniah ERA Sarawak, kini lebih meriah
_1.png?ext=.png)
“Awalnya Hanya Rancang Buat Konflik…” - Penerbit Dedah Jalan Cerita Asal Kalut Nak Kahwin
Pengarah, Pengarah dan Penulis Skrip perlu capai kata sepakat

“Kawan Baru Bilal Ke Ni?” - Cantik Betul Mata Aisywara Naelofa! Neelofa Pun Puji Anak MUA Bellaz
Cantiknya mata tu sayang!