Sebelum ini, anda telah menyaksikan program masakan Sedapur Bersama Nana Mahazan yang telah melabuhkan tirai minggu lalu.

Kini, giliran maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS pula ditampilkan dalam Sedapur Bersama Tok Ram.

Untuk episod pertama malam ini, Tok Ram akan bergandingan bersama Misha Omar untuk sama-sama memasak Singgang Bawal Emas Portugis.

Kepada anda yang belum tahu, Misha memanggil Tok Ram dengan gelaran Cikgu, manakala Tok Ram pula memanggil Misha sebagai Mek.

Tok Ram akan berkongsi tips tentang bagaimana cara untuk membersihkan ikan dengan sempurna dan beberapa tips lain untuk menyediakan hidangan itu.

Dalam suasana penuh kemesraan, Misha mendedahkan dia pernah tersinggung dengan cara Tok Ram bercakap dengannya dahulu, sebenarnya, Tok Ram akan menggunakan perkataan yang sedikit kasar dengan orang yang rapat dengannya sahaja.

Tok Ram juga sempat berkongsi yang dia mula membantu ibunya di dapur pada usia seawal 8 tahun.

Banyak lagi perkara menarik yang akan dibualkan oleh dua figura terkenal ini, jadi, jangan lupa saksikan episod pertama Sedapur Bersama Tok Ram malam ini.

Sedapur Bersama Tok Ram ditayangkan pada setiap Khamis, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).