Bukan Kaleng-Kaleng, Suami Hadiahkan Tesla Buat Tya Arifin Sempena Anniversary Perkahwinan & Hari Jadi - “I Happy Dapat Kereta”
Izwan Isa
04/11/2022 05:50 MYT
04/11/2022 05:50 MYT
Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin tergamam apabila suaminya, Asyraf Khalid menghadiahkan sebuah kereta elektrik jenis Tesla sebagai hadiah hari lahir dan ulang tahun perkahwinan mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Asyraf, Tya dilihat tergamam dan teruja apabila melihat pemberian bermaknan suaminya itu ada di depan mata.
“Tapi I happy juga dapat kereta…” ujarnya ringkas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Asyraf, Tya dilihat tergamam dan teruja apabila melihat pemberian bermaknan suaminya itu ada di depan mata.
“Tapi I happy juga dapat kereta…” ujarnya ringkas.
Asyraf menerusi ruangan kapsyen berkata, dia sangat bersyukur menjalani kehidupan berumah tangga dengan isterinya itu sepanjang tujuh tahun melayari bahtera sebagai suami isteri.
“Happy 7th anniversary sayang! Alhamdulillah, sudah tujuh tahun kita mendirikan rumah tangga dan saya masih kagum dengan kecantikan, kebaikan, kerajinan dan dedikasi kamu terhadap semua perkara yang kamu lakukan.
“Terima kasih kerana mencintai saya sungguhpun saya punya kekurangan dan selalu menyokong saya dalam setiap hal. Saya tahu saya tidak akan menjadi saya sekarang tanpa sokongan dan kepercayaan kamu.
“Insya-Allah, kita akan melalui lebih banyak cabaran lain yang menakjubkan bersama. Saya akan buat apa yang saya mampu untuk menjadikan impian kita realiti.
“Saya sayang kamu dan harap kamu suka dengan kejutan kecil ini,” tulis Asyraf.
Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!