"Bukan Kami Yang Letak Diri Sendiri" - Dolla
Amri Hassan
30/05/2022 01:55 MYT
30/05/2022 01:55 MYT
Kumpulan wanita popular, Dolla tampil memberikan reaksi terhadap pertelingkahan netizen di media sosial mengenai pemilihan artis tempatan untuk disiarkan di papan iklan digital gergasi Times Square New York.
Kata Dolla, tidak adil untuk mempersoalkan kredibiliti artis yang terpilih sempena kempen Equal oleh platform penstriman digital Spotify itu, sebaliknya perlu menilai secara lebih rasional.
"Bukan kami yang letakkan diri sendiri di papan iklan itu tapi Spotify yang pilih untuk kami mewakili Malaysia dan Singapura.
"Sudah tentu dengan adanya peluang itu, dengan berbesar hati dan gembiranya kami menerimanya. Kami tak nak tolak apa-apa rezeki yang datang pada kami.
"Kami juga sudah bekerja keras dan itu juga hadiah buat kami," kata Sabronzo.
Tambah Tabby pula, mereka bersyukur dan berterima kasih apabila dipilih untuk disiarkan di papan iklan itu sebaris dengan legenda muzik tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Kami juga bersyukur untuk dapat posisi sebaris dengan legenda seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan terimanya sebagai satu hadiah.
"Sebagai artis semua akan dapat komen negatif. Harap netizen akan bercakap perkara yang positif," tambah Tabby.
Bagi Syasya pula, netizen berhak untuk menyatakan pandangan masing-masing yang bergantung kepada setiap artis untuk mengambilnya dari sudut yang mana.
"Mereka ada hak untuk memberikan pandangan tapi apa yang boleh ambil daripada komen-komen itu adalah hal yang baik-baik. Mana yang tak elok tu kami abaikan saja.
"Mula-mula dulu sakit hati juga bila dapat komen negatif, tak tahu nak beri reaksi macam mana tapi lama-kelamaan dah lali," kata Syasya.
Terdahulu, beberapa artis tempatan yang pernah wajahnya tersiar di billboard digital itu menjadi buah mulut netizen.
Selain Dolla dan Siti Nurhaliza, beberapa artis tempatan lain pernah menghiasi billboard digital itu antaranya Yuna, Layla Sania dan Iman Troye.
Dolla ditemui pada majlis rumah terbuka RichWorks dan 10x Bina Bisnes Berjaya : Bangkit Bisnes Dari Krisis di Setia City Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, Dolla turut berkongsi pandangan mengenai insentif 10 X Bina Bisnes Berjaya iaitu kursus perniagaan percuma kepada 10 ribu peserta dalam membantu dan melahirkan usahawan daripada golongan muda.
Kempen tersebut kata Dolla merupakan sebuah galakan yang sangat bagus kepada usahawan muda apatah lagi ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.
"Kami rasa ini adalah insentif yang sangat bagus untuk usahawan dari golongan muda kerana selepas PKP ramai yang terkesan," kata mereka
Dalam perkembangan sama, Dolla akan muncul dengan barangan eksklusif khas buat peminat yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.
"Kami dapat kongsikan yang pada tahun ini ada banyak kejutan dan hadiah menanti untuk peminat.
"Mengenai produk dari Dolla sendiri tidak dinafikan kami dapat banyak permintaan daripada peminat untuk keluarkan barangan eksklusif seperti ‘stick’ dan sebagainya. Kami tahu apa yang mereka inginkan dan nantikan," kata mereka menutup bicara.