"Bukan Kedekut, Tapi..." - Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Untuk Ulang Pakai, Ini Alasannya...
ZULHILMI JALIL
25/10/2020 04:45 MYT
25/10/2020 04:45 MYT
Pelakon Sheila Mambo mengakui dirinya terpaksa mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai berulang kali.
Menurut Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 57, dia bertindak sedemikian kerana memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka yang perlu digunakan setiap hari.
"Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai
"Tapi saya hanya buat sekali sahaja, lepas tu saya buang guna yang baru.
"Siapa macam saya? Bukan kedekut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Sheila turut memuat naik cara-cara membasuh pelitup muka pakai buang yang sering dilakukannya walaupun sepatutnya ia tidak boleh diulang guna.
Jelas Shiela lagi, dia mengakui, hal tersebut bertentangan dengan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib.
"Ada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) saran guna mask paling lama dua jam dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh buang, jangan pakai lagi.
"Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai.
"Saya guna hanya dua kali sahaja, lepas tu saya basuh dan keringkan kalau masih elok tidak keluar bulu-bulu kapas," jelasnya.
Begitupun, perkongsiannya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Ada menasihatinya untuk tidak mengulang pakai pelitup muka pakai buang demi jaminan keselamatan kesihatan diri.
"Maaf, tak boleh pakai balik, harus dibuang.
"Salah ni," komen sebahagian netizen.
Bagaimanapun, ada juga pengikutnya yang turut melakukan tindakan yang sama.
"Kalau saya basuh tonyoh lagi jadi buruk. Jadi saya basuh dengan air panas sahaja pastu keringkan, pakai balik selagi elok," komen salah seorang warganet.
Mengikut garis panduan sebenar KKM, pelitup muka pakai buang disarankan pemakaian tidak melebihi lapan jam.
Sebelum ini, Sheila yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat menasihati orang ramai untuk tidak terus melabel golongan artis sebagai golongan yang hidup mewah.
BACA: "Jangan Sangka Artis Semuanya Kaya" - Sheila Mambo
Infografik: KKM