Laman Utama

Bukan Kejadian Mistik, Tapi Ini Jawapan Mengenai ‘Bebola Api’ Di Langit Sarawak

gempak
Maliah Surip
31/07/2022
08:25 MYT
Sponsor Banner
Bukan Kejadian Mistik, Tapi Ini Jawapan Mengenai ‘Bebola Api’ Di Langit Sarawak
Sejak semalam, rakaman video dan foto seperti bebola api dan kerdipan yang sangat terang ‘berpesah’ membelah ruang udara sekitar Sarawak menjadi tular dalam media sosial.
Ada yang mengatakan ia sebagai meteor, tak juga ada yang hampir percaya kejadian tersebut berkaitan dengan perkara mistik.
Namun, setelah video tersebar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akhirnya memberi jawapan kepada apakah ‘bebola api’ dan kerdipan yang menurut perakam dirakamkan di Sarawak.
MOSTI melalui kenyataan dan catatan dalam Facebook rasmi mereka ia adalah pergerakan serpihan roket milik negara China yang telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.
Mereka mengesahkan kemasukan semula (re-entry) serpihan roket Long March 5B milik China itu pada jam 12.55 pagi, awal hari ini.
Pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi di ruang udara sekitar Sarawak.
"Sisa serpihan yang terbakar berkenaan direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, iaitu kawasan antara latitud 9.1 Utara dan Longitud 119.0 Timur," kata MOSTI lagi.
Jelasnya, pemantauan secara berterusan dilakukan oleh MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Kredit Foto: Buletinfm
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024