Berita
“Bukan Kekwat Tapi Cuma Saya…”- Michael Ang Minta Berhenti Hantar Makanan Ke Rumahnya
Pengarah Michael Ang merayu kepada penjual agar berhenti menghantar makanan ke rumahnya untuk dibuat rebiu.
Menurut Michael dia tidak mahu mempromosikan makanan atau produk yang dia tidak berminat.
“Tolong jangan hantar apa-apa ke rumah saya.
“Nak minta tolong sangat jangan hantar barang ke rumah saya.
“Bukan kekwat atau apa tapi cuma saya memang tak nak promote benda yang saya sendiri tak berapa minat.
“Kalau nanti kamu dah hantar saya tak suka, saya rasa bersalah pula kalau tak promote. sorry ya!” katanya.
Michael berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik video bagi menjelaskan perkara tersebut.
Terdahulu, Michael menerusi IGnya ada membuat rebiu makanan tertentu yag dipilihnya sendiri.