Guru persembahan program Ceria Megastar Ministar, Alam Wakaka memaklumkan bapanya telah ditahan di Hospital Pakar Tun Fatimah, Muar, Johor.

Alam mendedahkan berita itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.

Menurut Alam, doktor memberitahu bapanya mengalami luka dibahagian jantungnya.

“Hari dan rezeki yang indah bukan sentiasa tenang. Allah S.W.T datangkan dengan cabaran. Kadang-kala cabaran itu amat menyakitkan walaupun ia hanya sebesar zarah.

“Hari ini Abah masuk wad. Bukan sebab kencing manis tapi doktor cakap ada luka di jantung. Abah dah okay sikit tapi mari kita doakan agar Abah kembali sihat. Amin,” tulisnya.


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan bapa kesayangan Alam.

“Allahhuakhbar, semoga Allah permudahkan segala urusan... Amin,” doa pelakon @arjalee

“Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan… Amin,” komen @nurul_aziha

“Allahhuakbar. Moga Allah beri kesembuhan segera untuk Abah @alamwakaka Amin,” tulis @hasniali

Terdahulu, Alam baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada Ahad, 15 September 2019.