Laman Utama
Bukan Kereta Jer... Rumah Banyak Selipar & Kasut Akan Dilawati Polis Pada Aidilfitri Nanti
Polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri ini.
“Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak.
“Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa,” katanya.
Belaiu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Ahad.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar sebelum ini menegaskan polis akan mengekalkan strategi sama seperti yang dibuat semasa Aidilfitri lalu iaitu dengan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.
Mengulas lanjut, kata Hasanuddin, pihaknya turut mengarahkan semua anggota di sekatan jalan raya (SJR) melakukan pemeriksaan lebih ketat terutama dalam mengesan mereka yang cuba meloloskan diri untuk rentas negeri, selain menggunakan permit palsu.
“Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu.
“Jadi, saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali bawa dokumen palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi,” ujarnya.
Sumber: Utusan Online
Must-Watch Video