Hiburan

Bukan Lagi Kita Versi Siti Nurhaliza Tular, Nadeera Zaini Akui Terkesima - “Menjadi Satu Impian Sebenarnya…”

gempak
Asyraf Roslan
05/02/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Bukan Lagi Kita Versi Siti Nurhaliza Tular, Nadeera Zaini Akui Terkesima - “Menjadi Satu Impian Sebenarnya…”
Penyanyi, Nadeera Zaini akui terkesima melihat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagi hitnya iaitu Bukan Lagi Kita secara langsung dihadapannya dan juga komposer Hael Husaini.
Jelas Nadeera, dia hanya meminta secara spontan untuk Siti menyampaikan lagu tersebut selepas usai rakaman MAGISiti dijalankan.
“Saya minta dia nyanyi secara spontan, nampak ada peluang jadi saya minta untuk nyanyikan lagu itu sedikit.
“Memang saya terkesima. Sebab menjadi satu impian saya sebenarnya lebih-lebih lagi dapat menyanyi bersamanya di atas satu pentas.
“Datuk Seri Siti boleh dikatakan idola nombor satu, sebab saya membesar dengan lagu-lagu dia. Saya mula menyanyi lagu Irama Malaysia pun belajar dari lagu-lagu macam Kurik Kundi, Cindai, jadi bila dapat menyanyi dengan dia dan dengar dia nyanyi lagu saya perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada masa sama, Nadeera juga berkongsi dimana dia juga mendapat pesanan daripada penyanyi nombor satu negara itu sebelum menuju ke pentas anugerah muzk berprestij.
“Dia juga ada ucapakan selemat berjaya untuk saya tempuhi Anugerah Juara Lagu, dia juga minta saya untuk jaga kesihatan dan beberapa perkara lagi,”ujar Nadeera.
Terdahulu, tular satu video Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita secara ringkas dihadapan penyanyi asal, Nadeera Zaini dan komposer, Hael Husaini. Sekadar info, lagu Bukan Lagi Kita merupakan nyanyian Nadeera Zaini dan mendapat sentuhan Hael Husaini & Iqie Hugh.
Lagu ini juga mula menjadi tumpuan netizen selepas diangkat menjadi runut bunyi drama Curang Tanpa Niat lakonan Mira Filzah, Syukri Yahya dan Sharifah Sakinah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024