Laman Utama

Bukan Lagi Suami-Isteri? Hana Azraa Dedah PU Abu Dah Berkali-Kali Lafaz Cerai Sampai Jatuh Talak Tiga - "Satu Tahun Satu Talak..."

Asyikin Mayudin
06/11/2022
00:55 MYT
Usahawan produk kecantikan Hana Azraa mendedahkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah melafazkan cerai terhadapnya sejak awal tahun lagi namun kes masih dalam proses mahkamah.
Dianggap secara hukum bukan lagi isteri, Hana turut mengakui bekas suaminya itu juga sudah beberapa kali melafazkan cerai sehingga jatuh talak tiga.
“Dia lafaz cerai dekat saya awal tahun dan masih dalam prosess mahkamah. Tak selesai lagi sebab dia kerja Madinah kan. So bila tarikh mahkamah clash dengan dia dekat sini.
“Ikutkan dah talak tiga. Satu tahun, satu talak… tak kira yang kias-kias lagi. Jadi, secara hukum saya memang bukan isteri dia lagi.
“Jadi, tak perlu la dia nak ganggu hidup saya lagi… tak kisah la dia nak buat apa, tapi tolong jangan dah kaitkan saya,” kata Hana kepada Gempak.
Baca: “Tolong La Move On! Jangan ‘Jual’ Saya Sebagai…” - Hana Azra Hilang Sabar, PU Abu Masih Ganggu Walaupun Sudah Berpisah
Terdahulu, Hana tampil mendedahkan dia masih diganggu oleh pendakwah tersebut biarpun mereka sudah berpisah selain ahli keluarganya turut menjadi mangsa.
Malah Hana turut menjelaskan tujuan dia berkongsi perkara tersebut kerana mahu bekas suaminya memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjalani kehidupan bahagia.
“Saya terpaksa kongsi benda ni bukan sebab nak tarik perhatian sesiapa… saya cuma nak dia berhenti ganggu saya dan ahli keluarga saya. Tak perlu dia nak mesej mak saya semata-mata nak hantar gambar saya dengan kawan saya.
“Jangan libatkan mak saya… My family lama sangat diam terutama kakak dengan adik saya yang masih layan dia baik. Tapi apa adik-beradik saya tak boleh terima, dia kutuk, perli saya dekat Instastory dia, dan cakap saya ni masih isteri dia. Motif? Stop la rasa korang betul hanya sebab korang ni berlatar belakangkan orang agama.
“Pakaian tak melambangkan pun diri sebenar kita. Apa saya buat ni untuk kebaikan diri saya dan anak-anak saya. Dah la hak anak-anak saya ditindas. Lepas tu, nak burukkan i dekat social media. Then apa lagi?
“Nak saya senyap sampai bila lagi? Enough la. Bagi saya ruang juga untuk rasa bahagia kalau awak (his family) rasa saya ni tak bahagia, saya ni meroyan, please la… jangan kacau saya dengan life saya lagi,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bukti Rumah Tangga Masih Teguh, PU Abu Sufyan & Hana Azraa Timang Bayi Kedua

gempak
12/03/2024
00:50 MYT
Tahniah PU Abu & Hana!
Laman Utama

Tak Sampai 2 Bulan Beri Bayangan Mahu Berpisah, Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil

gempak
26/12/2023
00:55 MYT
Betul ke?
Laman Utama

"Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed

gempak
10/09/2023
23:45 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

“Dia Mandikan Kita Dengan Air…” - Hana Ismail Syukur Da’i Syed Uruskan Proses Berpantang

gempak
01/08/2023
23:46 MYT
Bagusnya...
Laman Utama

Hana Azraa Buat U-Turn, Pilih Untuk Terima Kembali PU Abu - “Saya Jadi Trauma Sebenarnya…”

gempak
02/06/2023
03:52 MYT
Alhamdulillah...