Laman Utama

“Bukan Lah Nak Sorok, Cuma…”- Neelofa Akan Tunjuk Muka Bilal Bila…

gempak
Syafiqah Jalal
25/06/2022
05:25 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Lah Nak Sorok, Cuma…”- Neelofa Akan Tunjuk Muka Bilal Bila…
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa dan suami PU Riz tetap dengan pendirian mereka untuk tidak berkongsi wajah bayinya, Muhammad Bilal dalam masa terdekat ini.
Kata Neelofa dia tidak tersinggung jika ada pihak mengkritik atau mengecam tindakkannya ekoran mempercayai panahan penyakit Ain.
“Jika ada yang mempermain-mainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la.
“Saya tak terasa pun yang mereka seakan sindir saya sebenarnya. Tak tersinggung pun.
“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini.
“Saya tetap akan buat ini walau orang kecam mana mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak,” katanya kepada Astro Gempak.
Neelofa ditemui media selepas pelancaran koleksi Naelofar tema Disney kedua 'Alice In Wonderland' di pusat beli-belah IOI City Mall pada Khamis.
Kata Neelofa dia bukan berniat untuk tidak mendedahkan wajah bayinya buat selamanya namun perlu memberi sedikit masa lagi supaya anaknya dapat membesar dengan normal sama seperti kanak-kanak lain.
“Tunggulah, bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” pintanya.
Meskipun ada pihak dan netizen yang mengecam tindakkannya tidak kurang juga yang menyokong dan mempunyai pendapat yang sama seperti pelakon pengacara Elly Mazlein.
“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya lagi
Sekdar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live