Laman Utama

Bukan Lakonan Dikritik Tetapi Fizikal Jadi Sasaran Netizen, Qasrina Karim Sedih – “Orang Kecam Dahi Saya Besar”

gempak
Shahrin Zulkifle
27/08/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
Bukan Lakonan Dikritik Tetapi Fizikal Jadi Sasaran Netizen, Qasrina Karim Sedih – “Orang Kecam Dahi Saya Besar”
Pelakon baharu, Qasrina Karim, mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ dan menerima kecaman terhadap fizikalnya daripada netizen.
Menurut gadis berusia 26 tahun itu, sejak bergelar anak seni, dia sama sekali tidak pernah menerima kecaman berhubung lakonannya, tetapi netizen lebih tertumpu untuk memperkatakan fizikalnya.
Malah, Qasrina turut berasa sedih apabila situasi tersebut menimpa dirinya.
“Setakat ini alhamdulillah, saya tidak pernah terima kecaman terhadap lakonan saya, kecaman itu disebabkan hal lain iaitu penampilan dan fizikal saya.
“Kecaman terhadap penampilan saya itu apabila bahagian dahi saya yang sedikit besar berbanding saiz manusia normal, itu yang menjadi target netizen, senang kata macam body shaming.
“Masa mula-mula kena saya sangat sedih, sehingga ada yang meletakkan gambar saya di twitter seperti membuka ruang untuk orang lain bercakap juga tentang saya.
“Walaupun sedih dan kecewa pada masa itu, namun saya hanya perlu fokus dengan kerja saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Geng Kita bertempat di Plaza Vads, TTDI baru-baru ini
Dalam pada itu, Qasrina turut menjelaskan dia telah mengambil langkah untuk tidak membaca komen-komen ‘nakal’ netizen bagi mengelakkan dirinya berasa tertekan.
Malah, gadis yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris itu menjadikan keluarganya sebagai tempat mengadu.
“Saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak lagi baca komen-komen yang sedemikian kerana apabila saya baca nanti memang saya akan rasa tertekan. Saya boleh memilih untuk tidak baca komen tersebut.
“Saya luahkan masalah tersebut kepada keluarga, mereka yang akan tenangkan semula saya untuk sentiasa bersikap positif,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Qasrina bakal muncul dalam drama bersiri Senduk Swap akan ditayangkan pada 9 September setiap Jumaat, jam 3 petang di TA-DAA! (saluran 612).
Senduk Swap yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod dibarisi barisan pelakon seperti, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakardan Emma Sofea
Sinopsis:
Siri komedi famili ini mengisahkan dua remaja, Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza. Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.
Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live