Pengacara dan pelakon Janna Nick menjelaskan kejadian terjatuh ketika sedang mengacarakan program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung semalam bukanlah lakonan.

Jelas Janna, dia hanya mengalami kecederaan kecil sahaja.

"Jatuh betul ka jatuh olok-olok?" tulis seorang netizen.

"Betullah, darah," jawab Janna.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya prihatin dengan keadaan diri Janna serta berpesan supaya lebih berhati-hati selepas ini.

"Kaki okey tak? Excited sangat tadi?"

"Kaki okey tak tu? Lebih hati-hati please."

"Kesian Janna. Okey tak kaki?"

"Lain kali pakai kasut sneekers je. Tak ada lah tergolek lagi."

"Get well soon @jannanick kaki luka pula kat set tadi dok seronok membawang," antara komen-komen yang ditinggalkan netizen.

Terdahulu, Janna terjatuh di set program itu ketika mengacara bersama Awal Ashaari serta tetamu jemputan iaitu Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

Makcik Bawang & Pakcik Bawang setiap hari ahad anda ! @meloditv3 ❤️ @awalashaari

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on