Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan Lawa Je, HONOR MagicWatch 2 Mampu Bertahan Sampai 14 Hari! Lamanyaaaa!

Hanafis Haris
10/02/2020 09:43 MYT
Pada zaman serba moden ini semua peranti perlu canggih dan pintar.

Bukan apa, semuanya untuk memudahkan aktiviti dan kerja harian anda. Senang cerita peranti pintar ini menjadikan hidup anda lebih produktif.

Tapi jika disebut peranti pintar, pasti ramai akan hanya memikirkan telefon mahupun tablet.

Namum, tahunkah sejak tahun lepas hingga permulaan 2020 jam pintar semakin on demand?

Tapi kebanyakan jam pintar di pasaran mahal bukan?

Tapi model terbaru HONOR MagicWatch 2 pasti membuatkan anda rasa tergamam. Harga murah tapi penuh dengan fungsi hebat!

Kalau nak tahu ini antara lima faktor menarik tentang HONOR MagicWatch 2 ini.

#1 Ketahanan Bateri Luar Biasa Hingga 14 Hari!



Jangan tak percaya jam pintar ini mampu bertahan sehingga 14 hari dengan hanya satu kali pengecasan!

Dengan harga yang tidak terlalu mahal, prestasi jam ini diluar kemampuan jam pintar di pasaran.

Disebabkan itu, ia sesuai untuk semua situasi termasuk pemakaian kasual serta lasak. Kalau pergi camping ke hutan lama-lama pun tiada masalah! Sangat diyakini!


#2 Boleh Layan Muzik Untuk Kecergasan!



Tidak seperti jam pintar lain, HONOR MagicWatch 2 disertakan dengan kapasiti yang besar sehingga 2GB.

Kapasiti ini memang sudah cukup besar untuk jam pintar. Dengan 2GB ini, anda boleh simpan hingga 500 lagu.

Jika anda guna untuk jogging atau di gimnasium, tidak perlu susah payah bawa telefon pintar berat-berat. HONOR MagicWatch 2 sudah cukup!

Tidak cukup dengan itu, jam ini juga membolehkan anda menerima panggilan tidak kiralah anda jawabnya dengan headphone atau pembesar suara yang terbina di dalam HONOR MagicWatch 2 ini.

Malah, ia boleh dilakukan walaupun telefon pintar anda diletakkan 150 meter jauhnya.

Selain itu HONOR MagicWatch 2 dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin A1, jadi prestasinya dalam semua fungsi ini sangatlah lancar!

#3 Ubah Gaya 'Watch Face' Mengikut Citarasa Fesyen Anda!



Ini adalah kelebihan buat mereka yang mempunyai HONOR MagicWatch 2.

Selain padat dengan fungsi canggih, jam ini membolehkan anda ubah rekaan 'watch face' mengikut keadaan.

Kalau formal, anda pilihlah yang eksklusif, namun jika terasa nak fun, anda boleh ubah dengan corak yang disediakan. Banyak ya!

Paling menarik anda juga boleh letakkan gambar anda sendiri pada jam tangan ini. Kalau yang dah pasangan, boleh lah letak gambar berdua, barulah sweet.

Untuk pengetahuan anda juga HONOR MagicWatch 2 hadir dengan saiz sebesar 46mm dengan dua warna untuk tali jam iaitu hitam dan perang.

#4 Paling Penting! Pantau Kecerdasan & Kesihatan



Tahukah anda HONOR MagicWatch 2 berkeupayaan untuk merekodkan 15 jenis kecergasan termasuklah 8 jenis sukan 'outdoor' dan 7 aktiviti 'indoors'?

Jika anda berenang, HONOR MagicWatch 2 mampu digunakan hingga kedalaman 50 meters.

Malah, jam ini mampu merekodkan kadar denyutan nadi biarpun di dalam air. Jadi anda tidaklah terlepas untuk pantau rekod renangan anda.

Untuk aktiviti pendakian pula, jam ini boleh dilengkapi fungsi altitude, barometer, proses 3D untuk laluan dan turut terbina kompas.



Bagi larian, HONOR MagicWatch 2 membolehkan anda berlari bersama fungsi 'pacesetter' untuk pastikan fasa larian anda mencapai sasaran terutamanya untuk laluan yang jauh.

Selain itu terdapat 13 jenis larian professional disertakan untuk prestasi menyeluruh.

Tidak cukup dengan itu, HONOR MagicWatch 2 juga disertakan teknologi HUAWEI TruSleep™2.0 yang dapat memantau rekod tidur dengan tepat selain turut berkemampuan melakukan diagnos untuk enam jenis masalah tidur.

Malah, anda akan diberi kaedah serta langkah yang betul untuk menambah baik kualiti tidur. Semua ini hasil kerjasama Universiti Bern Switzerland okay!

Selain tidur, HONOR MagicWatch 2 juga mampu mengesan kadar tekanan anda. Jadi jika anda tertekan dengan kerja seharian anda, jam ini juga mampu mengesan. Hebat bukan?

Jadi apa tunggu lagi?

Dapatkan jam pintar HONOR MagicWatch 2 dengan harga bermula dari RM699.

Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi kedai HONOR berdekatan anda ataupun layari https://www.hihonor.com/my/product/honor-magicwatch-2
#Gajet #Honor #MagicWatch2
;