HIBURAN
Bukan Lelaki, Kristen Stewart Kahwin Pasangan Sejenis
Pernah menjadi bualan hangat kerana kecantikan dan hubungan asmara dengan aktor Robert Pattinson, Kristen Stewart sebaliknya memilih pasangan sesama jenis untuk berkahwin.
Ya, bintang Twillight tersebut baru berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Dylan Mayer pada hujung minggu lalu, lapor TMZ.
Kristen, 35, dan Meyer, 37, dilaporkan berkahwin dalam majlis sederhana di kediaman mereka di Los Angeles dengan dihadiri rakan rapat selepas mendapat kelulusan lesen perkahwinan.
Hubungan songsang pasangan ini bukan satu rahsia kerana Stewart dan Meyer sudah mendedahkan percintaan mereka sejak tahun 2019. Mereka kemudian bertunang pada 2021.
Terdahulu Stewart dan Pattinson mendapat perhatian selepas menjalin hubungan cinta selama empat tahun selepas sama-sama menjadi popular menerusi watak Edward Cullen dan Bella Swan.
Malah sebelum menjalin hubungan sesama jenis, Stewart pernah ‘tertangkap’ berciuman dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders pada 2012 yang menjadi salah satu sebab percintaannya bersama Pattinson goyah.
Must-Watch Video