Laman Utama
“Bukan Lupa Pada Kereta Yang Banyak Berjasa Tapi…” - Abang Viva Bakal Mulakan Misi Bantuan Banjir Tanpa Ditemani Viva
Sukarelawan terkenal, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva akan memulakan misi bantuan banjir di Pantai Timur bermula esok malam selepas menyambut ulang tahun ibunya bersama keluarga.
BERITA BERKAITAN:Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA
BERITA BERKAITAN:#GempakVideoNews : “Saya Terfikir Nak Hubungi Uncle Abon, Puncanya…” - Deroyan Menangis Rindukan Arwah Mr. Os
Bagaimanapun Abang Viva berkata misi bantuan kali ini tidak akan ditemani kereta viva putih sebaliknya Evanova Zakaria iaitu isteri tercinta akan setia bersamanya.
"Insya-Allah sekarang ini semua bantuan barangan seperti beras dan lain-lain telah mencukupi.
"Cuma saya masih mengumpulkan dana disaat akhir untuk keperluan saya dan team juga. Duit minyak itu semua kami kena fikirkan, tapi saya percaya akan ada rezeki.
"Selain itu saya pun dah hubungi pihak berkuasa di sana untuk mengetahui pergerakan saya sebagai persediaan. Cuma kali ini saya tinggalkan Viva.
“Bukan lupa pada kereta yang banyak berjasa pada musim banjir terdahulu, cuma keadaan tak berapa sesuai. Saya takut nanti jadi misi lain," katanya bergurau.
Abang Viva sebelum ini berkongsi di Facebook menyatakan akan melakukan misi menyelamat Kelantan sekiranya kos perjalanannya mencukupi.
Walaupun pada awalnya keluarga melahirkan rasa bimbang apabila mengetahui misi yang ingin dilakukan.
"Mula-mula saya tak nafikan memang isteri dan keluarga risau. Tipu kalau mereka tak bimbang. Cuma mereka (keluarga) tiada lah sampai cakap tak perlu beri bantuan.
"Keluarga tetap menyokong tetapi dalam masa sama tak putus-putus pesan pada saya supaya ingat Allah dan sentiasa hati-hati," katanya kepada Gempak.